BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, November 30, 2010

berrrrr

AKU BOSAN . TU JE NK BGTAU -_-''

Monday, November 29, 2010

Tiap Hari Sayang?


Menariknya "tag line" iklan di TV ini. Satu tajuk yang saya ingin olahkan buat ingatan kita bersama. Tiap hari sayang, mengapa tidak ya setiap hari penyataan sayang kita tujukan kepada orang yang kita sayang dan cinta. Masih ada stigma dikalangan kita bahawa sentiasa menyatakan sayang dan cinta penyataan itu akan menjadi murah dan tidak bermakna.

Ingin saya perjelaskan tentang stigma yang tidak berasas ini. Kenapa "tiap hari sayang" perlu dinyatakan sama ada dalam bentuk bahasa, perlakuan dan sikap.

Satu ketika saya pernah membaca satu kisah tentang seseorang yang menyayangi dan menyintai. Agak sukar untuk dia menyatakan kerana kesibukan tugas harian dan perasaan bahawa penyataan itu hanya perlu diucap pada hari-hari yang istimewa sahaja.

Namun dalam hatinya ada juga rasa tersirat, bahawa jika ia tidak dinyatakan, mungkin tidak ada lagi kesempatan untuk itu. Kesibukan menangguhkan dirinya melakukannya dan beranggapan bahawa, sudah tentu si dia tetap mengetahui rasa cinta dan sayang dirinya.

Namun setiap dari kita tentu akan lagi bahagia jika ia diucapkan setiap hari dan setiap masa pada kita.

Akan tetapi kesempatan untuk dia menyatakannya pada si dia tidak kesampaian. Si dia pergi buat selamanya tanpa sempat mendengar dari mulutnya sendiri penyataan sayang dan cinta. Dia menyesal kerana tidak dapat sampaikan sayang dan cintanya.

Tiap hari sayang. Meski pun si dia tahu, alahkah bahagianya jika ia dinyatakan setiap hari.

Jadi mengertilah, ungkapkan tiap hari sayang ini. Nyatakan penyataan cinta dan sayang anda setiap hari. Jika tidak dengan mulut, maka lakukan dengan perilaku istimewa. Sebenarnya yang kita sayang dan cinta mengharapkannya dan buatlah sesuatu kenangan terindah.

Sayang Kenapa Cintakan Saya?

Bila ditanya dengan soalan "Sayang kenapa cintakan saya?". Sukar untuk menyatakan jawapan dalam ayat yang mudah. Tiada perkataan yang dapat diungkap untuk menjelaskan kenapa rasa cinta ini wujud.

Yang boleh dijawab, tidak tahu hendak memberi jawapan kenapa menyintai dan terus menyintai.

Jika pada masa mula jatuh cinta, jawapan mungkin mudah. Jatuh cinta pada rupa, pada tingkah laku, pada jenaka, pada budi bahasa, pada apa jua yang menarik yang sebabkan tertarik. Hati sentiasa ingat, makan tidak lalu, tidur tidak lena dan mandi tidak basah. Semua itu dirasa bila mula bercinta.

Namun seperti mana perkara-perkara yang wujud dalam kehidupan, cintakan akan menjadi dewasa, selaras dengan masa dan selaras dengan matangnya hubungan.

Semakin lama percintaan, semakin bertambah perkara-perkara dalam kehidupan dikongsikan bersama. Mula pada awalnya mungkin perkara-perkara mudah. Berkongsi bayar makan dan minum, berkongsi kenderaan ke tempat kerja. Lama kelamaan hampir semua perkara dikongsikan bersama selaras dengan dewasanya cinta.



Kehidupan mu adalah kehidupan ku, kehidupan ku adalah kehidupan mu, ia menjadi kehidupan kita.

Cinta kini menjadi kehidupan. Pengkongsian kehidupan dua insan lelaki dan wanita, adalah percintaan. Usaha untuk memberi dan menerima, usaha untuk mengalah atau mengambil jalan tengah, usaha berunding, merajuk dan luahan perasaan. Semua itu adalah percintaan.

Kenyataannya. Tiada yang sama antara dua insan, lelaki dan wanita. Dari semua segi adalah berbeza, tubuh badan, perasaan, permikiran, sikap, semuanya berbeza.

Yang sama hanyalah cinta... Cinta yang menjadi pengikat... Dua insan lelaki dan wanita yang saling berbeza. Pengikat itu adalah pemahaman bahawa dua insan bercinta lelaki dan wanita, adalah dua insan yang berlainan dan berbeza. Kekuatan ikatan adalah sikap saling hormat menghormati atas pemahaman itu.

Untuk jawapan kepada "Sayang kenapa cintakan saya?"

Lihatlah mataku, nampaklah dirimu. Sentuhlah hatiku, disitulah dirimu. Lihat hidupku itulah hidupmu.

dan tentunya

Aku cinta padamu...

Sayang dan Rindumu selalu.

Sunday, November 28, 2010

1st day cls

hari ni pgi2 seawl 8.00pgi cls dh start. mlm td dh set alarm 5.49 pgi utk bgun solat, *sekali kjutkan si Mr. K* ..tgk2 ntah cmne aku g off kan alarm tu..ble t'sedar tgk2 dh 6.25pgi..trus ak kol Mr.K. tp die tak angkt fon. die jst msj ckp *thnks* :) pstu. slsai byr hutang pd Tuhan..kjut si Miza..ble die bgun je..meriah umh..borak2 smbil mnum milo jap..dpt lak msj dr kwn cls..ckp cls kul 8.00pgi..huiihh..awl sanadd2 kot. then pi mandi manda..siap trus grk g cls..jmp lak lecturer baru..En. Radzi ala2 yg comel2 gitu..fuiihh..msuk je cls trus die bebel psl 'THE RULES & REGULATIONS'for his cls...pnjg gler r peraturan die..dr cls start kul 8 smp kul 10 die dok cte psl rules je *sir, kami dh sem 5 ok?* ..emm..pstu around 10.15 cls dh abes..fuhh..ak ngntok gler kot pgi ni..tp tegakkan mata utk sir tercinta *herherher*..
ni gmb2 yg smpat di tgkap oleh geng sekepala siape lgi klu bkn si FATIN HAMIZA .

*senyuman palsu kala pagi hari*
pdhal mata x leh bkk dh ni





29 nov 2010

esok dh start cls, start sem baru .
oh sy sudah jdi pljr tahun ke 2 sem ke 5 !
yaww ! ble nk abes blja ni ?
nak smbung dgree pulakk
pstu nk kne kje pulakk
pstu bru dpt kawen .cehh, HAHA
emm, kawen? ble dh sedia segala2nya bru leh pk psl kawen ye cik UBAIDAH !!
skg jgn gatal2 dlu :))



4 your information


maafkan sy klu anda sering lihat sy diluar sne, tp sy wt x taw je. wt x pndg je. itu adalah sbb :
  1. saya penyegan orgnye *ecehh*
  2. saya bz kdg2 tu
  3. saya x perasan anda *myb x knl pon anda*
  4. saya kdg2 x pkai lens atau spek .. *rabun taw*
  5. saya ada hak samada nk tegur anda ataupun tidak !
  6. saya ade priority t'sndri utk menegur mne2 pihak
  7. saya PENAT atau bad MOOD, *phm2 la klu pompuan dtg bulan*
  8. yg pnting saya BENCI org glar sy SOMBONG! awak x de hak pon nk kata sy sebegitu rupa,kecik ati saya :(

Saturday, November 27, 2010

takziah


rabbit miza yg putih gemu tu dh mati. hri ni 28 nov 2010. sian rabbit sakit :(

Friday, November 26, 2010

petua utk HATI


Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:

  • Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.
  • Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.
  • Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.
  • Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.
  • Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.

- Artikel iluvislam.com

Thursday, November 25, 2010

nak ini.


ni koleksi kasut yg ade kt hstel, tp x pkai sgt dh..sbb tringin nk kasut yg leper je :)
cam kt bwh ni haa ..
nak flat shoes. nak jugak. nak jugak
p/s : *kaki dh pnt pkai wedges *

Tuesday, November 23, 2010

mirwana

malam @ hari terakhir utk Festival Konvo UNISEL, artis2 yg dtg mmg best, & sekretariat pon best.
*ni dak2 sekretariat yg x taw malu men rempuh khemah artis* t'masuk MPP sorg tuu, tp ape2 pon Mirwana ttap lyn !. herherher*
yg hok pkai bju black white (yg laki je)tu kumpulan mirwana, woaw! sore dorg sgt2 gorgeous.

yess!! dpt tgkp gmb dgn abg ensem , HAHA. yg ni nme die Syed Ikram.
*ehem, SEPADAN TAKK?

Thursday, November 18, 2010

cuppy cake














yumyumyum, sedapkan cupcake ni sume?
*ni angan-angan ubaidah la, 1 day nk bkk kedai cake, nk wt byk-byk cup cake yg cumil2 cm tadi =)

Wednesday, November 17, 2010

em.

tolong lah faham wahai hati, aku penat menangis 1 masa dlu, tolong jgn buat hati dia merana juga :(
die insan yg tabah, die snggup berubah demi aku. aku hrp die sntiasa brada dlm keadaan baik2 sja :)

Saturday, November 13, 2010

cinta dalam ISLAM

Semua orang petah berbicara mengenai cinta,
tetapi bagaimanakah memperolehi cinta yang
terunggul? Untuk mendapat cinta manusia yang
tulus lagi sejati, carilah dan kahwinilah manusia
yang mencintai Allah dan Allah jua menyintainya
supaya terisi makna cinta yang sebenar
. Sabda
Nabi SAW: Amalan yang paling disukai Allah
ialah mencintai kerana Allah dan membenci
kerana Allah Riwayat Ahmad Berpasangan dan cinta adalah naluri dan nafsu,
otak mengawalnya. Jika biarkan cinta kuasai diri
hingga merosakkan hidup, nescaya diburu

penyesalan sepanjang hayatnya. Setiap pasangan
perlu belajar menggemari kegemaran pasangannya
dan memperbanyakkan ciri-ciri persamaan antara
keduanya bagi melancarkan hubungan dan
komunikasi mereka. Untuk saling memahami,
seseorang perlu meluahkan rasa hati. Silapnya
kita sering menganggap bahawa yang meluahkan
rasa isi hati itu sebagai pendendam dan celupar. Keintiman pasangan dilihat sejauh mana
perkongsian citarasa, fikiran, perasaan, tingkah
laku, hasrat dan keputusan antara mereka.
Keputusan sepakat membawa berkat. Pasangan
yang tidak ada rasa sepakat, tiada saling
bergantungan dan tiada rasa tanggungjawab
adalah antara petanda bahawa keintiman antara
mereka semakin berkurangan. Kualiti perhubungan antara pasangan dapat dilihat
daripada kualiti komunikasi sama ada positif atau
negatif. Kuasai teknik berhubung supaya maksud
anda difahami. Bersikap terlalu kritis terhadap
pasangan menyebabkan hilang keseronokan
dalam perhubungan malah timbul kebosanan.
Kritikan biar berhikmah agar ia tak tersinggung.
Ingatlah bahawa hati wanita terletak di mulut,
kerana mereka gemar meluahkan perasaan
dengan kata-kata. Mulut lelaki pula berada di hati,
kerana mereka lebih suka memendam rasa.
Sikap cemburu itu pula tandanya sayang, akan
tetapi cemburu yang berlebihan adalah antara
petanda curiga serta ingin menguasai
pasangannya
.
Cemburu biar kena pada
tempatnya. Pasangan yang bahagia menggunakan
alasan untuk membela antara satu sama lain.
Manakala pasangan yang tidak bahagia berusaha
mencari alasan untuk saling tuduh-menuduh. Pasangan yang selalu hendak menang,
pentingkan emosi serta egois akan burukkan lagi
perhubungan apabila berlaku krisis. Usah
pentingkan diri tapi banyakkan toleransi. Jika
setiap pasangan mengharapkan cinta mereka
saling berbalas, berlumba-lumbalah mencari kasih
sayang dan carilah keredhaan Allah, itu adalah
sebaik-baik pengharapan. Cintailah siapa yang kamu cintai, tapi suatu hari
nanti kamu akan berpisah dengannya, tetapi
mencintai Tuhan kekal buat selamanya. Selami
keikhlasan pasangan anda seadanya!

Thursday, November 11, 2010

Alhamdulillah ;)

walaupun p'pisahan tu t'jadi atas bkn keinginan dia..tp alhamdulillah aku & die dpt b'toleransi utk b'baik semula tetapi skdar b'kawan..ak dh x risau dgn prsaan aku dh..ak lega sgt semua b'jln lancar tnpa ada sengketa antara kami..mulai hari ini, aku b'azam nk jd tabah, setabah kwn2 diluar sane, insyaallah semua yg t'jdi ni msti ade hikmahnye, btul x kwn2?

Wednesday, November 10, 2010

:'(



hari ni. 10 nov.2010..ak dh kecewakan insan yg aku tuuuttt. ak btul2 dh kecewakan die..satu hal je aku mohon pd die. moga die m'cari pengganti yg lbh baik utk die. yg boleh m'bahagiakan hari2 die..itu sje .

Monday, November 8, 2010

i'm hurt you


I'm sorry. ...Why should I say I'm sorry? ...If I hurt you, I'm really sorry I made you cry
I'm really sorry you're hurt..Love is lifting you up and draggin'you down . Makes you go round and round .I was wrong, too selfish...I was wrong, I realized now that I was wrong ...And I think about my loves, well I've had a few ...I'm sorry that I hurt you.... I hurt you too many times :(

Sunday, November 7, 2010

UntukMu Teman




p/s : lagu ni ditujukan khas buat seorang yg baru b'sahabat dgn saya :)

Saturday, November 6, 2010

10 pembasuh dosa & penawar hati


Ambillah sepuluh macam ramuan:

  1. Ambillah akar pohon fakir bersama akar-akar pohon tawaddhu' (kerendahan hati),
  2. Campurkanlah padanya tumbuhan taubat,
  3. Taruhlah ke dalam bekas keredhaan,
  4. Tumbuklah dengan penumbuk qana'ah,
  5. Masukkan dalam kuali taqwa,
  6. Lalu tuangkanlah padanya air malu,
  7. Didihkanlah dengan api mahabbah,
  8. Tuangkanlah ke dalam gelas syukur,
  9. Kemudian kipaslah dengan kipas harapan,
  10. Lalu minum dengan sudu pujian.

Sesungguhnya jika kamu mengerjakan hal itu, maka akan menjadi ubat bagimu dari semua penyakit dan bencana di dunia dan di akhirat." - Dipetik daripada Kitab Nashaihul 'Ibad, Imam Nawawi

pemuda & professor . read plez, menarik


Seorang profesor sedang menaiki sampan bersama seorang pemuda untuk menyeberangi sungai. Professor pada ketika itu dalam perjalanan untuk ke Kampung Bunga Berjuntai bagi menyiapkan kajian terbaru beliau.

Mereka bersembang.

"Kamu ni tahu membaca ke?" tanya professor kepada anak muda itu.

"Saya buta huruf tuan. Kerja saya bawa orang seberang sungai je," jawab pemuda itu jujur.

"Kesian...kamu sudah kehilangan separuh nikmat kehidupan kerana tidak tahu membaca," balas prof.

Pemuda mendiamkan diri.

"Kamu ada buat simpanan wang untuk masa depan?" tanya prof lagi.

"Takde prof," balas pemuda itu ringkas.

"Ish...ish..kalau begitu, kamu kehilangan separuh lagi nikmat kehidupan. Macam mana kamu nak hidup kalau tidak ada wang simpanan," leter prof.

Pemuda itu sekali lagi mendiamkan diri. Akur dengan kelemahan diri.

Tiba-tiba sampan yang mereka naiki bocor. Air mula melimpah masuk ke dalam sampan.

"Prof...kamu tahu berenang tak," tanya pemuda itu?

"Tak tahu," jawab Prof kegusaran.

"Kalau begitu kamu akan kehilangan seluruh kehidupan kamu," jawab pemuda.

Cerita ini cukup bermakna. Ringkas tapi padat.

Setiap orang itu ada kebijaksanaan dan kelebihannya. Kecerdikan seseorang dalam suatu perkara tidak akan menjamin kecerdikannya dalam semua perkara. Maksudnya, seorang doktor adalah orang yang paling pintar di hospital tetapi mereka bukanlah hero jika mereka bertugas di kilang Maggi. Malah fungsi mereka sangat terhad. Pastinya tidak mampu hendak dibuat ujian darah ke atas maggi seandainya didapati maggi berkenaan sakit(rosak).

Yang hendak ditekankan di sini adalah keperluan kita semua untuk saling memberi. Setiap orang dikurniakan idea yang berbeza, maka kita jadikan perbezaan itu sebagai satu rahsia kejayaan bukannya satu kelemahan.Cuma kadang-kadang di kalangan kita, ada yang malu untuk bersuara. Takut ideanya dikritik. Takut ideanya ditolak. Mungkin mereka belum faham apa beza 'Cadangan vs Arahan'.

Akhir kata, mutiara kata utk semua: Cantiknya pelangi adalah kerana warnanya yang pelbagai.

Friday, November 5, 2010

gle kentang


adush, ubaidah..ape ni..sebulan dh 3 kali mkn KFC je kaw..gemuk nnti..ko mmg sje nk byk KFC uh kaya raya la kan? bgus ank cekgu Rosnah ni..bab mkn sggup blnje lebih ..ble la nk ubh perangai buruk yg 1 ni??
WUAWUAWUA

member selamanya kan?


mmbe dlu, kini x taw lah nk ckp pe * no komen*
tp siyes aku rindu time nih
from left : aweeyn, intan, atin, baida

ble boshan



hehe, sje2 gedik2 amek gmb gne webcam. cm gmuk je pipi ak..ishh..x ske la :(

dia Faiz Izzul


ak ske b'kwn..lgi2 dgn laki..eceh, tp dlm byk2 kwn laki aku, ade la slh sorg ni yg b'tuah,nk story lahh sket psl mmbe baek ak sorg ni, sbb die sllu sgt jd p'dengar yg setia utk ak..
kami knl sbnrnye dr sklh rndh ag..wlupon 1 cls time drjh 6 x silap..tp x pnh rpt pon, ble msuk sklh menengah..time tu ak f2..tgk2 sme cls dgn die..kami agk ssh nk ngam r..die ni jnis hot tempert time tu..ade je bnde nk gdoh ngn ak, smpaikan ak pnh simbah air kt muka die sbb ak bengang sgt die ltak pensil case ak kt atas blackboard..huahua..then kami x b'tgur lme gak r..pdhal time tu meja die dpn meja ak je..last2 kne gak kwn gn die sbb dpt 1group utk kje kumpulan..lme2 kami jdi rpt ble msing2 sme cls lgi dr f4 smp f5..mmg gle2 r mamat2 dlm cls ak..
die antara laki yg ak plg rpt gak la..klu hri rye je msti msing2 dtg umh..mcm2 kngn ade..lgi2 time ak rye umh die, bapak die hulur kt aku kura2, menjerit ak, smp makcik2 yg dtg umh die pon pndg len mcm, time tu rse klaka sgt..smp skg klu diingat2 kan blk..ak msih mmpu ketawa dgn die..
em..smp skg..die stdy kt Polytechnic Shah Alam..ak still close dgn die..ape2 prblem kami ske share..terima kasih Tuhan krn m'beri ak sahabat2 yg baik cm dia dlm idup aku, *yaww, kembang paiz klu bce*
heheh ni lah die paiz tuhh, (ak amek gmb die dgn kebenaran oke) :D



*dh2.. aku sayang die ok*
jgn spe berani kecewakan die .
ceh ayt kaw baida, *poyo gler*

Thursday, November 4, 2010

jalanjalan


semalam 3hb nov10..sanad2 serunuk. coz pi jln2 dgn akak2 & abg2 MPP.*ak MPP jgak la bai*
1stly kami g tgk wayang kt The Curve ..tgk cte The Other Guy, mmg best cte tu..pcah peyutt,.then gi merayau kt Downtown Cheras..makan2,,cuci mate..time uh dh 3 a.m..pastu gi kt Dataran Merdeka..duk tepi jln..tgk ligat2 manusia pagi2 buta *phm2 la* mcm2 pesyen ade..then borak2 smpai letih..around 5 a.m bru pulang blk kampus..huahh..sonok seyh :D







kami *5 am*




*cam gmb family dh*